QC yang terbaru pada 16 Januari 2021, kami membincangkan tafsir surah Al-Ikhlas.
Surah ini pendek cuma 4 ayat, tapi besar maknanya. Maka
tidak hairan apabila ada perumpamaan yang mengatakan apabila kita membaca Surah
Al Ikhlas seolah olah kita sudah membaca 1/3 Al Quran.
Kalau tengok keseluruhan ayat, kenapa surah ini dikira berat sebab ia mengajar kita tentang tauhid iaitu menceritakan mengenai siapakah Allah swt. Tauhid adalah asas kepada Islam. Tidak hairan jika kita tengok pada zaman Nabi Muhammad saw mula berdakwah tentang Islam, 13 tahun pertama di Mekah banyak ditekankan tauhid. Selepas itu baru datang wahyu tentang ibadah, hukum hakam, sirah dan sebagainya.
Kita fokus kepada ayat nombor 2, Allah yang menjadi tumpuan
makluk untuk segala hajat.
Umat islam pada zaman sekarang, dimanakah kedudukan Allah
dalam diri kita? Sejauh manakah kita mendahulukan atau mengutamakan Allah dalam
kehidupan kita? Jika dibandingkan zaman sahabat dulu, jauh bezanya dengan kita.
Ramai dalam kalangan masyarakat kita yang sebenarnya kata percaya
Allah, tapi tidak mengamalkan ajaran yang sebenar. Contoh beberapa kes dalam
masyarakat:
Kes 1:
Seorang ustaz di sekolah pondok ditangkap atas tuduhan
meliwat anak-anak muridnya.
Kes 2:
Seorang gadis beragama Islam membunuh diri selepas
ditinggalkan kekasihnya.
Kes 3:
Perempuan Islam yang solat dan puasa tapi tidak memakai
tudung
Kes 4:
Lelaki Islam yang solat tapi masih mendera isteri.
Ini beberapa kepincangan yang berlaku dalam masyarakat. Apa
yang kita nampak di sini mereka ini Islam dan mengamalkan ajaran Islam tapi
bukan semua. Maksudnya mereka mengamalkan sebahagian saja. Sedangkan Islam itu
syumul. Iaitu lengkap dan merangkumi semua aspek kehidupan.
Apa puncanya yang menyebabkan Islam itu tidak diamalkan
sepenuhnya. Semuanya berbalik kepada soal tauhid. Kita cuma percaya pada Allah
tapi tidak menyerahkan diri sepenuhnya kepadaNya.
Tuan Khairul Hakimin Muhammad ada menceritakan, semasa dalam kelas guru story telling beliau, Robert Mckee.
Beliau menyebut ayat ini
‘’people love God, but people don’t have hope. We see the moon, but we just
see, we don’t think that moon created by god, create you, create your brain how
to think, how to feel to pray, how to thank, how to accept story to share, to
accept incident, to accept conflict, no we don’t have hope. We just know God is
there, like the moon, far.
Kita tahu Allah ada, tapi tak berharap pun kepadanya. Apatah
lagi merasa takut kepadanya. Kalau tidak masakan terdapat pelbagai masalah dan
konflik yang melanda umat Islam di zaman sekarang.
Jika dibandingkan dengan zaman para nabi dan sahabat dulu, tahap keimanan kita dengan mereka jauh beza. Semua perkara dilakukan kerana Allah, mereka sentiasa bertawakkal kepada allah, hati sentiasa mengingati mati dan takutkan azab Allah. Kenapa? Ini kerana asas tauhid mereka sangat kuat.
Marilah kita kembali ke asas tauhid yang sebenar. Bukan sekadar tahu dan percaya Allah ada tapi turut menyerahkan kebergantungan sepenuhnya pada Dia.
Terima kasih sudi membaca. Sekiranya anda belajar sesuatu, sila kongsikan di ruang komen. Jangan lupa follow dan share.
No comments:
Post a Comment